sdn iv leuwigajah, smpn 1 margaasih, man cipasung, upi bandung

Minggu, 20 Desember 2009

bahaya mulut

Mulut dan lidah adalah sebahagian anggota badan yang penting kepada manusia. Tanpa lidah mana mungkin manusia dapat menikmati makanan dan minuman dengan sempurna. Tanpa mulut juga mana mungkin manusia dapat menuturkan kata-kata. Jelas menunjukkan peranan mulut dan lidah amat penting untuk manusia.

Terutama lidah yang memberikan peranan yang besar dalam menuturkan sesuatu. Andai perkataan yang baik dituturkan maka sudah tentu akan memberikan kebaikan untuk diri dan juga orang lain. Contohnya lidah yang digunakan untuk berzikir kepada Allah, menyampaikan pesanan-pesanan kebaikan, membaca Al-Quran atau menyampaikan dakwah sudah tentu akan mendapat banyak manfaatnya. Tetapi andai lidah dan mulut ini digunakan pada perkara yang tidak baik, seperti melontarkan kata-kata kesat pada orang, menyakiti hati dan perasaan orang, berbohong dan mungkir janji maka sudah tentu akan dihitung oleh Allah sebagai dosa.

Tidak mudah menjaga percakapan. Banyak berkata-kata sudah pasti banyak kesalahan yang dilakukan. Sudah pasti banyak dosa yang dilakukan hanya kerana mulut dan lidah. Sebab itu pepatah melayu ada menyebut “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.” Padah dari bahana mulut dan lidah boleh membawa kesan kepada dendam. Dendam pula sudah tentu akan membawa kepada perlakuan-perlakuan di luar batasan manusia.

Jagalah dua anggota ini kerana dua anggota ini begitu mudah sekali melakukan dosa. Bahkan kata-kata yang terbit dari mulut ada kalanya lebih hebat bahkan lebih tajam dari mata pedang. Sesiapapun yang tidak menjaga mulut dan lidah, kalau pun mungkin hidupnya kaya, pangkatnya tinggi namun Allah SWT tetap meletakkan martabat mereka jatuh lebih rendah dari haiwan.

Komentar :

ada 1
mulut mengatakan...
pada hari 

mengetes

Posting Komentar

Pengikut